Graduan IPT Perlu Menjadi ‘Luar Biasa’
Tanggal 10 MAC ini akan menjadi tarikh keramat dan sejarah bagi graduan Universiti Utara Malaysia apabila Majlis Konvokesyen Kali ke- 19 akan dilangsungkan. Tahun ini juga UUM akan meraikan graduan dalam dua konvokesyen setahun sepertimana UiTM dan UPSI. Secara tidak langsung, ia menunjukkan jumlah graduan yang lahir dari institusi pengajian tinggi ini juga semakin bertambah. Seramai hampir seribu lima ratus orang graduan ijazah sarjana muda akan bergelar graduan Universiti Utara Malaysia. Inilah saat yang ditunggu-tunggu mahasiswa setelah berhempas pulas tiga hingga empat tahun demi mendapatkan segulung ijazah.
Kehidupan kampus pastilah berbeza dengan alam pekerjaan yang bakal ditempuhi graduan. Kalau dahulu, mahasiswa tidak perlu memikir beban kewangan ketika belajar disebabkan wujudnya biasiswa atau pinjaman kini ia telah berubah. Alam pekerjaan menuntut graduan berfikir tentang pembayaran pinjaman PTPTN, masalah pekerjaan yang masih lagi tertunggak, kos makan minum, tempat tinggal dan sebagainya. Graduan yang berkeluarga akan terpikul pula tanggungjawab terhadap keluarga seperti ketua keluarga dan ini semua menuntut kepada komitmen individu terhadap tanggungjawab tersebut.
Justeru, seharusnya graduan telah memikir perkara-perkara ini sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Isu pengangguran merupakan cabaran paling besar bagi mahasiswa untuk mengatasinya. Jumlah 80,000 graduan menganggur mengundang polemik pelbagai pihak khusunya di kalangan masyarakat. Beban pengangguran ini tidak seharusnya lagi digalas universiti malahan mahasiswa perlu kembali bermuhasabah adakah mahasiswa telah memanfaatkan masa untuk membina kerangka diri yag unggul dalam menyiapkan diri berhadapan dengan pasaran kerja diluar. Seharusnya graduan perlu tahu bahawa universiti merupakan pusat tradisi keilmuan yang berhimpunnya cendekiawan dan tokoh bijak pandai bagi mencari kebenaran ilmu. Justeru, universiti perlu tegar dengan status quonya itu dan tidak perlu berubah dari paksinya menjadi ‘kilang’ manusia untuk pasaran luar.
Kehidupan mahasiswa sepanjang berada di universiti seharusnya digunakan untuk melatih dan mengajar mereka erti kematangan berfikir dan bertindak. Mahasiswa tidak boleh mengharap universiti akan menyediakan pakej lengkap untuk mereka keluar sebagai seorang pekerja yang baik. Tetapi, penglibatan dengan aktiviti Majlis Perwakilan Pelajar atau persatuan yang sebenarnya akan membina kredibiliti serta kerangka diri yang unggul tersebut.
Mahasiswa hari ini perlu mendepani cabaran globalisasi. Dasar langit terbuka ini mengkehendaki graduan yang lahir dari universiti perlu menjadi ‘luar’ biasa. Kelebihan dan kekuatan yang ada dalam diri graduan perlu di maksimumkan penggunaannya. Contohnya jika mahasiswa sangat aktif dengan pengucapan umum dan pengacaraan majlis ketika di universiti, justeru apabila mereka berada di alam pasaran pekerjaan mereka perlu menonjolkan bakat tersebut di bidang penyiaran atau komunikasi korporat. Mengilap potensi diri di universiti sebenarnya akan memudahkan graduan menempatkan diri di pasaran pekerjaan apabila keluar satu hari nanti. Keupayaan mahasiswa mengenal pasti keupayaan yang ‘luar’ biasa ini bukan sahaja akan memudahkan mahasiswa menterjemahkannya di alam pekerjaan bahkan kemungkinan mahasiswa untuk diambil bekerja sebelum bergraduasi amat besar.
Selain itu, graduan Malaysia perlu berkebolehan menjadi luar biasa dengan beberapa perkara. Kepekaan mahasiswa terhadap kepelbagaian isu nasional dan antarabangsa akan membentuk graduan yang bermaklumat merupakan salah satu tugas penting sebelum berada di alam pekerjaan. Majikan hari ini menginginkan pekerja yang bermaklumat. Penekanan tentang ilmu dan maklumat oleh mantan Perdana Menteri suatu ketika dulu, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai kerelevanannya. Keupayaan graduan mengetahui sesuatu isu global seperti China sebagai kuasa ekonomi baru, isu perang Iraq, isu Palestin-Israel dan sebagainya akan mendidik diri kita menjadi sensitif terhadap pelbagai perkara di sekeliling kita. Pengetahuan terhadap isu sejagat dan pengetahuan am mempunyai kekuatan yang sama dengan ilmu yang graduan pelajari di dalam dewan kuliah. Justeru itulah para pensyarah sentiasa ingin mahasiswa mengaitkan sesuatu ilmu yang dipelajari dengan isu semasa di luar kampus..
Contoh yang jelas apabila kebolehan graduan ekonomi mengolah isu hubungan antarabangsa, teknologi maklumat, ekonomi sendiri dan sebagainya akan meningkatkan nilai tambah graduan di mata majikan. Ini penting bagi sesebuah syarikat yang berorientasikan keuntungan, memaksimumkan pekerja dalam pelbagai bidang agar menguntungkan mereka. Contohnya, jika pekerja merupakan akauntan tetapi boleh membaiki komputer maka pastilah ia akan menguntungkan majikan dalam pengurangan kos.
Graduan juga perlu berubah dari keadaan biasa di mana hari ini wujud segelintir mahasiswa yang terlalu memilih pekerjaan. Senario ini terjadi disebabkan gaji yang tidak lumayan, suasana pejabat yang tidak menyenangkan, majikan yang terlalu tegas dan sebagainya. Perbincangan pemimpin mahasiswa semasa Lawatan Kerja Pemimpin Pelajar IPTA di London, United Kingdom pada bulan Disember tahun lepas telah merumuskan perkara ini. Senario sebaliknya jarang berlaku di London disebabkan graduan yang baru keluar dari institusi pengajian tinggi di sana sanggup bekerja dengan gaji yang kecil sebelum dapat membuktikan keupayaan mereka dalam bidang pekerjaan tersebut.
Mahasiswa yang baru bergraduasi tidak seharusnya memilih pekerjaan disebabkan mereka tidak mempunyai pengalaman kerja. Walaupun begitu, perkara ini tidak boleh di putuskan secara generalisasi dan dijadikan alasan bagi mahasiswa yang benar-benar telah membuktikan ketrampilan yang unggul. Keupayaan mahasiswa yang baik perlu di bayar setanding dengan keupayaan yang ditonjolkan dalam pekerjaan mereka dan begitu juga sebaliknya.
Kewujudan China sebagai kuasa ekonomi baru dunia menimbulkan kerisauan dikalangan segelintir negara-negara maju. Malaysia menganggap ia satu peluang yang perlu diambil rakyatnya untuk melabur di negara tersebut. Oleh itu, mempelajari bahasa Mandarin hari ini dianggap satu keperluan perniagaan bagi mengembangkan syarikat mereka. Kepentingan mempelajari bahasa ketiga ini perlu bukan sahaja terhadap bahasa Mandarin malahan terhadap bahasa Arab. Peristiwa 11 September telah menyebabkan ramai pelabur dan pelancong Arab beralih arah ke Malaysia. Kehadiran warga Timur Tengah ini merupakan satu rahmat memandangkan pelaburan yang dibuat mereka di Malaysia amat menguntungkan negara.
Kepentingan bahasa ketiga menjadi semakin penting seiring dengan perubahan dunia tanpa sempadan. Dengan penguasaan bahasa selain bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ia akan memudahkan graduan untuk bekerja di syarikat-syarikat asing. Justeru, graduan hari ini perlu menjadi luar biasa memandangkan menguasai dua bahasa sahaja sudah tidak mencukupi untuk bersaing dengan graduan luar negara dan warga asing.
Graduan juga perlu memahami bahawa mereka bukan sahaja diharapkan untuk bekerja di dalam syarikat sebagai pekerja yang baik bahkan jauh lebih penting kerajaan mengharapkan graduan ini menjadi pencipta pekerjaan. Angka pengangguran yang tinggi mugkin dapat dikurangkan sekiranya setiap graduan tersebut berfikir untuk mencipta pekerjaan bagi orang lain bukannya untuk menjadi pekerja. Usaha sesetengah universiti mengetengahkan modul keusahawanan dan penubuhan Institusi Pembangunan Keusahawanan atau MEDEC sepertimana Universiti Utara Malaysia dan Universiti Teknologi MARA perlu dipuji.
Ini kerana mahasiswa telah dilatih menggunakan modul Latihan Keusahawanan Siswa (LKS) ketika di dalam kampus untuk berniaga dengan penyediaan premis pekerjaan, keperluan mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, pemahaman pengurusan syarikat dan sebagainya merupakan latihan di dalam kampus sebelum menceburkan diri dalam dunia perniagaan sekiranya graduan ingin terlibat dengan keusahawanan di luar. Ini semua memerlukan mahsiswa berfikir dan bertindak secara luar biasa berbanding orang lain.
Majlis Perwakilan Pelajar UUM juga mengambil berat bahawa graduan Malaysia hari ini perlu setanding dengan graduan luar negara. Usaha ini perlu diterjemahkan dengan graduan perlu berani bekerja dan menyumbang tenaga dan kepakaran di luar negara. Majikan selalu menganggap graduan luar negara lebih baik dari graduan tempatan. Persoalan ini tidak akan terjawab sekiranya mahasiswa tidak mengambil kesempatan menganalisis kekuatan fakta tersebut dengan berpraktikum di luar negara.
Kewujudan usaha sesetengah universiti tempatan termasuklah Universiti Utara Malaysia membuka ruang dan peluang bagi mahasiswanya berpraktikum akan membuka minda dalam menyediakan tenaga sumber manusia kelas pertama. Keperluan ini penting memandangkan matlamat kerajaan menjadi negara maju pada tahun 2020 akan menjelang tidak lama lagi. Oleh yang demikian, inisiatif pelbagai pihak dalam melahirkan graduan luar biasa ini perlulah mendapat sokongan dan dokongan pelbagai pihak. Usaha ini tidak akan berjaya jika hanya satu pihak sahaja yang berusaha ke arah tersebut.
Analoginya cukup mudah ibarat sebatang pokok yang besar mana mungkin dapat berdiri kukuh, kuat dan megah andai kata ia tidak di sokong dan di dokong akar-akar yang lain. Kekuatan akar tunjang sahaja tidak menjanjikan ia akan berdiri untuk satu tempoh lama. Begitu juga usaha yang dimainkan pelbagai pihak sama penting dengan usaha kerajaan dalam melahirkan graduan ‘luar biasa’.
IDZUAFI HADI BIN HJ.KAMILAN
Yang Di Pertua
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Utara Malaysia
012-4910400

Recent Comments